kejohanan_suknes.jpg (11876 bytes)

k.jpg (1065 bytes)ejohanan Ragbi terbuka SUKNES 10 Sebelah Bawah 20 Tahun telah berlangsung pada 12 September 1999 di Padang Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR). Pesta sukan ini berlangsung selama satu hari yang bermula dari 8.00 pagi hingga ke 6.00 petang.

Pasukan ragbi sekolah telah di letakkan di dalam Kumpulan C.

Kumpulan C:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Paroi Jaya
  2. Sekolah Menengah Sains Tengku Ja'afar
  3. Sekolah Menengah Za'aba, Kuala Pilah

Keputusan perlawanan:

1) SMKTPJ (0) - SM Za'ba (17)         Kalah

2) SMKTPJ (0) - STJ (14)                 Kalah

- Separuh akhir (Bowl):

SMKTPJ (0) - SMSA (14)                 Kalah

- Penentuan tempat ke-3 dan ke-4 (Bowl):

SMKTPJ (17) - Tampin Bersatu (0)     Menang

Walapun pada awalnya pasukan ragbi sekolah telah di letakkan di dalam kumpulan yang di sertai oleh pasukan-pasukan yang lebih berpengalaman semangat kesukanan pemain-pemain sekolah tetap tidak luntur. Pasukan ragbi sekolah hanya berjaya merebut tempat ke-3 bagi kategori Bowl dalam perlawanan di antara pasukan ragbi sekolah dan pasukan ragbi Tampin Bersatu bagi merebut tempat ke-3 dan ke-4. Pasukan ragbi sekolah menewaskan pasukan ragbi Tampin Bersatu dengan kutipan 17 berbalas 0. Pasukan ragbi sekolah berjaya membuat 3 try melalui Shahnizam, Zaiendera dan Shahiran serta 1 conversion yang di sempurnakan oleh Shahiran. Kemenangan ini membawa semangat  baru kepada pasukan sekolah setelah beberapa kali berturut-turut di kalahkan. Pasukan ragbi sekolah telah mendapat sijil penghargaan SUKNES dan maddle untuk di bawa pulang.

back_p.jpg (1324 bytes)

 

© 1999 Hakcipta terpelihara. Kelab Ragbi SMKTPJ on-line.
Sebarang pertanyaan atau cadangan, sila hantarkan e-mail anda kepada kami.