asalusul_ragbi.jpg (6415 bytes)

rugby_lama.gif (26399 bytes)

b.jpg (1015 bytes)agaimana permainan ragbi ni bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bolasepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge juga telah membuat beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini.

Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah. Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dulu.

Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak belanja. Apa yang penting dalam permainan ragbi ini, bolanya tidak boleh dibaling ke depan, ia harus dilontar ke belakang. Selain itu aktiviti ini membenarkan pemain menarik orang dan boleh juga menjatuhkan orang tetapi tidak dibenarkan sama sekali menyepak orang!!.

Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang. Tetapi untuk masa sekarang, permainan 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil forwards yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil queus yang terdiri daripada tujuh orang.

 

© 1999 Hakcipta terpelihara. Kelab Ragbi SMKTPJ on-line.
Sebarang pertanyaan atau cadangan, sila hantarkan e-mail anda kepada kami.